Monday, March 8, 2010

Bahasa asing

Ade dua situasi yang buat aku rasa aku dgr org tu bercakap bahasa alien a.k.a bahasa asing. Otak aku akan mengambil masa yang lama dalam 2-3 saat jugak lah nak interpret data dalam situasi cam ni. Sementara otak aku dapat menangkap percakapan mereka mereka ini, aku hanya mampu ternganga blurr sambil cell2 otak aku berlumba-lumba cari information dlm hard disk otak aku.

Situasi 1

Hari aku teman abg aku, mie, ngan pojan gi setting moto. Alkisah nyer, hero-hero ni mempunyai msalah moto masing-masing. Maka, bila dah jumpa kat bengkel. Bermula la cerita pasal moto. Aku yang duduk kat situ ternganga jer tgk drang ckp. Yang aku faham pun dua tiga patah pekataan jer. Ekzos, karburator la, spark plug la.. Yang lain.. haram aku nak faham. Hehe. So, aku pun duduk je la just dgr jer. Moralnyer, perempuan mmg dilahirkan jahil pasal moto (aku tak tawu la ppuan laen atau aku je yg cam ni). Haha.

Situasi 2

Sejak2 aku dapat kawan dari kedah ni, aku berusaha dgn bersungguh sungguh menajam kan telinga aku dengar sepatah sepatah ape yang derang ckp. Kalau aku dgr housemate aku (Huda ngan Aini), aku ternganga, pastu aku suh derang ckp balek kat aku dlm bahasa normal. Nak letak subtitle x leh kan, terpaksa la wat dwi bahasa cam ni. Hehe. Mereka mereka ini salu gak tension ckp ngan aku. Maafkan kwn mu ini Huda, Aini! Haha.

Pekataan kedah yg aku faham setakat ni :

1. Toyu - kicap
2. Nombot - nombor
3. Anggot - anggur
4. Pokka - sesumpah
5. Habaq - cakap
6. Dommo - pengotor
7. Kelolo - 3 suku
8. Rabat - panjat
9. Menarek - naek moto ngan pakwe (peluk2. kalau korang x peluk pakwe korang, tak dipanggil sbgai menarek)
10. Segan - malas. bukan malu yer.

Dulu masa mula datang sini, housemate aku Aini penah ckp dier segan nak mandi. Aku ingat dier malu. Pelik gak nak mandi pun malu. Pe hal lak minah ni. Giler pe. Hua3. Rupa nyer org kedah ckp segan tu malas la. Ade gak seminggu pas tu baru aku faham. Haha.

Alkisah, tamat lah entri merepek aku ni.

2 comments:

Anonymous said...

weyh, hafizah!!
lame gle seyh x jumpe..
(haha.. sory la comment xde kaitan ngan post ni..)

rindu gle r..

hafiza said...

sofia!! ingt gi ko kt aku yer.. ingt lpe dah..
isk isk..